Ini surat layang
Ntah la... mungkin dulu aku terlalu mengagung-agungkan kau. Sekarang aku rasa kau tak ubah seperti kegatalan kat tengah belakang yang tak tercapai dek tangan nak menggaru. Aku rasa semenjak orang makin kenal kau, kau dah naik lemak. Terasa macam kau sekarang lebih berlagak dari dulu. Dulu memang pun kau berlagak, macam kau sorang saja yang pandai, tapi aku tak kisah sangat sebab apa yang kau cakap tu ader betul nya. Sekarang pun aku setuju jugak dengan kebanyakan pendapat kau, tapi aku hanya tak berkenan cara kau sekarang. Memang lah kita tak perlu peduli pasal orang lain, sebab kubur lain-lain, tapi aku rasa kau kene jugak sedar, sebab orang lain jugaklah kita ke mana-mana. Silap-silap belakang mereka yang kau pijak dulu untuk naik melambung ke atas adalah belakang-belakang yang kau perlukan semula untuk jadi tilam bila kau tersalah pijak masa memanjat dan jatuh. Masa tu, mungkin kau akan sedar langit ni tinggi ka, rendah ka. Aku bukan apa, saja nak ingatkan. Aku suka kau. Ada satu masa, aku ingat kau dan aku sama, dan kita mungkin bersama. Tapi sekarang aku sedar, tak mungkin aku boleh hidup dengan sinikal kau itu, jugak lagak kau yang buat aku menyampah pulak kadang kala. Tapi tak kisah la kan. Sebab kau kat sana. Aku kat sini. Mungkin kau tak peduli pun lagi apa yang jadi kat aku. Aku pun letih la asyik nak ingatkan. Hidup aku, aku punya. Hidup kau, mungkin kau nak orang lain punyakan. Supaya kau akan diagung-agungkan lagi. Mungking kat atas tu kau nampak segala-galanya, tapi kau tak mungking nampak jelas. Sebab tinggi sangat. Jauh sangat. Mata kau bukan robotik, boleh ader zoom. Tak tau pulak aku kalau teknologi tu dah ader dan tak diheboh hebahkan, dan kau sangat banyak RM, kau mampu untuk tukar mata kau kepada lensa yg ader zoom optikal tiga kali. Tak per lah, kalau dah rezeki kau, aku tumpang gembira. Tapi tak mungkin aku akan tumpang rasa. Mungkin sampai lah kau sedar dan kenal siapa aku pulak. He he he. Selamat lah segala-galanya. Aku harap kau bahagia. Tapi, ingat, jangan lupa asal usul pulak. Kata orang zaman dulu, suka-suka akibatnya duka. Kejam betul, jeles la tu tengok orang seronok. Tapi mungkin ada isi jugak. Kadang-kadang bila dah terlalu seronok, kita lupa. Jadi aku harap sangat kau tak lupa. Sebab aku suka otak kau. Tapi aku sedikit terkilan dengan atitiud kau. Maka dengan itu, aku akhirilah surat merapu aku ini untuk kau yang di sana, dari aku yang di sini.
ps: jangan lupa makan ulam ini malam. baik untuk kesihatan kolon kau tuh.

1 Comments:
takleh anonymous....camana nak hantaq surat layang kat hang balik...iskkkkk
Post a Comment
<< Home